1.Doa perempuan lebih makbul dari pada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika di tanya oleh Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "IBU LEBIH PENYAYANG DARI PADA BAPA DAN DOA ORANG PENYAYANG TIDAK AKAN SIA SIA" 2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristihgfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan. 3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4.Apabila seorang perempuan melahirkan seorang anak, keluarlah dia dari dosa dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari air susunya diberi satu kebajikan. 6.Apabila ' semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 7.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karna takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 8.Barang siapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun) 10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki. 11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh. 12.Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab Rasulullah " SUAMINYA" . Siapa pula berhak terhadap lelaki ?Jawab Rasulullah, " IBUNYA". 13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu. 14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan dilaut, burung diudara , malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 16. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu. 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) didalam syurga. 18.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 19. Daripada Aisyah R.A. barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.19 HADIS NABI MENGENAI WANITA
rockermuslimah
3:22 AM
1:17 AM
T Taat pada suami
A Allah ditamakan
Q Quran di junjung
W Wanita solehah
A Amanah tunai tanggungjawab
T Tunjuk kasih sayang
A Anak pandai dididik
A Akhlak mulia
T Tutup keaiban suami
S Solat dijaga
O Org tua dihormati
P Puasa dikerjakan
A Aurat di pelihara
N Nabi dicontohi
12:46 AM
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
-Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
-Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
-Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
-Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
Subscribe to:
Posts (Atom)


